PKPB di Kampung Padang Che Mas Baling

Ismail Sabri dalam sidang media yang diadakan di rumahnya kerana kuarantin kendiri

KUALA LUMPUR-Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Padang Che Mas, Baling Kedah.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan dilaksanakan selama 14 hari.

“Sidang khas hari ini telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB di Kampung Padang Che Mas daerah Baling Kedah yang akan berkuatkuasa bermula 18 Oktober hingga 31 Oktober 2020,”katanya dalam sidang media harian hari ini.

Ismail Sabri berkata, setakat 12 Oktober, seramai 236 individu di kampung berkenaan telah disaring secara bersasar.

Menurutnya, mereka telah diberikan arahan kuarantin selama 14 hari di rumah serta memakai gelang kuarantin.

Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 25 kes positif COVID-19 telah direkodkan membabitkan lima buah keluarga manakala 100 individu lagi masih menunggu keputusan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.