Jabatan Penjara Malaysia senarai SOP PKPB di Pusat Koreksional Kamunting, Taiping,

KAJANG– Pusat Koreksional, Kamunting Taiping, Perak akan menguatkuasakan langkah-langkah pencegahan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran selama dua minggu berkuatkuasa 16 Oktober 2020 sehingga 29 Oktober 2020.

Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan berkata, antara langkah prosedur operasi standard (SOP) langkah pencegahan yang diambil ialah larangan pergerakan fizikal masuk dan keluar dari Pusat Koreksional Kamunting.

Menurutnya, langkah kedua ialah kawalan keluar masuk bersyarat bagi anggota yang bekerja akan dilaksanakan.

“Ketiga, Perjumpaan lawatan keluarga, peguam kedutaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak luar adalah tidak dibenarkan sama sekali,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan, aktiviti-aktiviti seperti kursus, komuniti, sukan, riadah, majlis keraian di dalam kawasan penjara dan kuarters adalah dilarang sama sekali.

“Pelaksanaan “total lockdown” akan dilaksanakan ke atas blok-blok penempatan banduan yang positif COVID-19.

“Semoga dengan penjelasan ini akan dapat memberi gambaran yang jelas kepada masyarakat mengenai kesepaduan usaha Jabatan dan KDN memerangi COVID-19 di Jabatan Penjara Malaysia,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.