29 Pegawai Polis Marin jalani latihan, sesuai jenayah terkini

Pegawai PPM sedang menjalani latihan taktikal

KUALA LUMPUR– Seramai 29 pegawai Pasukan Polis Marin (PPM) menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Markas Taktikal Pulau Tabawan PPM Lahad Datu Wilayah 4, Sabah.

Ia merupakan latihan taktikal bagi memperkasakan lagi PPM dalam menangani jenayah yang semakin mencabar.

Pusat Latihan Pasukan Polis Marin (PULAMAR) dalam kenyataan berkata, empat daripada peserta adalah Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 25 lagi merupakan Pegawai Rendah Polis (PRP).

“Tujuan LDP Latihan Taktikal diadakan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keyakinan yang tinggi dalam menjalankan tugas lebih profesional bagi PKP dan PRP warga PPM dari aspek pengetahuan, penugasan yang lebih mencabar,”katanya.

Kenyataan berkata, latihan diadakan itu juga sesuai dengan perkembangan jenayah terkini serta melahirkan sikap kerjasama erat dalam pasukan khasnya.

Latihan bermula 24 Ogos itu akan berkakhir 4 September ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.