Empat kes positif COVID-19 di Kedah

ALOR SETAR– Kedah mencatatkan empat kes positif COVID-19 hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah memaklumkan, tiga kes berlaku di daerah Kuala Muda dan satu kes di daerah Alor Setar.

Peningkatan kes itu berlaku sehari selepas tiada kes positif COVID-19 di Kedah semalam.

Kuala Muda dan Alor Setar pada 1 September hanya merekodkan satu kes positif.

Bagi seluruh negara pada hari ini mencatatkan 14 kes menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 9374.

Ia melibatkan 10 kes tempatan dan empat import.

Bagi kes warganegara, Sabah mencatatkan dua kes, Kedah (4), manakala Negeri Sembilan dan Johor masing-masing satu kes.

Bagi kes import Sabah merekodkan empat kes manakala Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan mencatatkan satu kes.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.