KUALA LUMPUR-Tabung Haji (TH) menegur kesilapan laporan akhbar Sinar Harian yang salah memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohd al-Bakri.
TH berkata, terdapat kesilapan pada laporan bertajuk ‘Bakal Jemaah Kena Tanggung Sendiri Kenaikan Kos Haji’ yang disiarkan hari ini.
“Antara lain, beliau diminta mengulas soalan media berkaitan kenaikan kos haji pada masa hadapan dan saranan kepada para pendeposit.
“Bagaimanapun, maklum balas YB Menteri berkenaan soalan ini hanyalah saranan supaya para pendeposit tidak gusar dengan sebarang isu kos kerana ini akan dibincangkan terlebih dahulu dengan pelbagai pihak yang termasuk di Arab Saudi dan seterusnya akan dibawa ke peringkat kabinet,”katanya.
TH berkata, TH belum menerima sebarang pengumuman rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berkaitan perincian musim haji tahun 1442H/2021 M.
TH berharap orang ramai tidak salah faham susulan ralat dalam tajuk laporan berkenaan.
Rentas7.com








Leave a Reply