Tentera Ukraine tembak rakyat sendiri

Salah seorang mangsa (kiri) ditembak selepas cuba melarikan diri

KUALA LUMPUR-Seorang rakyat Ukraine berkongsi video kekejaman tentera Ukraine menembak rakyat mereka yang cuba melarikan diri dari kawasan konflik.

Video berdurasi 27 saat yang ditularkan menerusi Telegram pada 27 Februari lalu menunjukkan dua rakyat Ukraine ditahan sebelum salah seorang ditembak ketika cuba melepaskan diri.

Sebelum itu tentera Ukraine dilihat melakukan kekerasan dalam keadaan tangan mereka diikat ke belakang.

Dalam situasi panik itu, pemandu yang berada di belakang kenderaan mangsa bertindak merempuh sekatan dan berjaya meloloskan diri.

Beberapa das tembakan turut dilepaskan kepada pemandu berkenaan.

Tidak dipastikan nasib pemandu serta seorang lagi mangsa yang diikat selepas kejadian itu.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.