“Jadi kebiasaan erat silaturrahim”

[et_pb_section admin_label=”section”]
[et_pb_row admin_label=”row”]
[et_pb_column type=”4_4″]
[et_pb_text admin_label=”Text”]

KUALA LUMPUR– Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyifatkan kunjungannya ke selatan Thailand baru-baru ini sebagai perkara biasa dalam menghubungkan silaturrahim.

Mohamad berkata, tahun ini, beliau melaksanakan ibadah korban di perkampungan Islam daerah Pathalung di mana penduduknya miskin dan hanya menoreh getah serta mengambil upah kampung.

“Menjadi satu kebiasaan bagi saya menghubungkan silaturrahmi antara keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan terdekat sempena perayaan termasuk Aidiladha.

Mohamad sedang berucap dalam majlis tersebut

“Antara perkara biasa saya lakukan termasuk ziarah dan melakukan ibadah korban di tempat mereka,”katanya melalui tulisan di Facebook.

Presiden Amanah itu berkata, tempat lain di Thailand juga pernah dihadirinya bagi laksanakan ibadah korban.

“Ada di antara mereka tinggal di Selatan Thailand termasuk di Narathiwat dan Tanjung Mas.

“Saya juga pernah laksanakan ibadah korban di perkampungan perdamaian seperti di Sukhirin, Satun, Trang dan beberapa tempat lain,”katanya.

Beberapa hari lalu, tular gambar Mohamad yang didakwa hadir ke majlis ibadah korban anjuran pengikut Syiah di Satun.

Ia menerima kecaman netizen yang tidak berpuas hati, bagaimanapun Mohamad tidak menjelaskan isu berkenaan.

Fahaman Syiah ditolak majoriti rakyat Malaysia beragama Islam khususnya Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menurutnya, ibadah tahun ini lebih meriah dengan ia diiringi pegawai tentera Malaysia serta disambut Gabenur Wilayah bersama Panglima 5 tentera Thailand.

“Mudah-mudahan ibadah korban yang dilakukan dapat menyucikan jiwa-jiwa kita semua dan diterima Allah jua,”katanya.

[/et_pb_text]
[/et_pb_column]
[/et_pb_row]
[/et_pb_section]

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.