KUALA LUMPUR-Nampak kelakar tetapi sebenarnya memang jawatan kosong. Mungkin itu boleh digambarkan dengan iklan bagi jawatan 'penyiasat' di Yayasan Pendidikan Maidam. (Gambar) Iklan berkenaan dikongsi di media sosial Facebook dalam kumpulan Jawatan Kosong Profesion Agama/Islam. Menurut maklumat pada poster tersebut, tarikh tutup bagi permohonan ialah 8 Januari lalu dengan gaji ditawarkan RM1,300. Skop tugas bagi jawatan itu antaranya ialah menyiasat ...

KULIM- Serangan beruk di Taman KUBRC Fasa Satu Kulim Hitech semakin menjadi-jadi. Menurut penduduk ingin dikenali Ayob, 40, taman mereka menjadi tumpuan sekumpulan beruk hampir sebulan lalu. "Beruk-beruk ini semakin berani naik atas bumbung rumah penduduk termasuk cuba masuk ke dalam rumah pada waktu siang. "Kami yakin habitat haiwan ini sudah terganggu dengan aktiviti manusia menyebabkannya datang ke kawasan manusia," ...

SIK- Dua ekor ular tedung selar sepanjang 1.2 meter dan 1.3 meter ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik di Dewan Al Hanna di sini malam tadi. Pegawai APM SIK, Lt (PA) Haisul Aishah Napiah berkata, skuad Foxtrot bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan awam pada jam 9.36 malam. "Tibanya di lokasi, skuad Foxtrot mendapati reptilia tersebut merupakan spesis tedung ...

Laporan : Mohd Nazry Md Bidin BALING - Lebih 30 orang kaum wanita masyarakat Orang Asli di Kampung Lubuk Legong Mukim Siong Baling menerima pakaian seperti kasut, tudung dan beg tangan daripada syarikat Chomel Viral Outlet petang tadi. Pengarah Urusan Chomel Viral Outlet, Mohd Taufik Mujahid Mohd Said berkata, program tanggungjawab sosial korporat ( CSR) yang pertama bagi pembukaan tahun ...

PATANI- Empat tentera kerajaan Thailand cedera selepas trak dinaiki mereka terkena bom yang dipasang oleh pejuang Nasional Patani. Kejadian berlaku pada jam 9 pagi waktu tempatan, hari ini. Bom itu ditanam di tepi lebuh raya di Kilometer 418 Wilayah Patani. Keempat-empat anggota berkenaan adalah tentera hitam dari Kem 4304.   RENTAS7 ...

SUNGAI PETANI-Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) mendakwa menerima pelbagai laporan berhubung layanan kurang mesra seorang kakitangan wanita di Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Kedah. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, pihaknya mahu kakitangan berkenaan diberikan teguran oleh jabatan terbabit. "PAMM terima aduan berhubung kakitangan Jabatan Insolvensi Malaysia Kedah melayan pelanggan dengan kasar melalui percakapannya, tindakannya tidak hormati pelanggan. "PAMM menuntut ...

KUALA KETIL- Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan (SK) Jemerli dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling (PERKEBA). Pengasas merangkap Setiausaha Kehormat PERKEBA, Mohd Nazry Mohd Bidin berkata, pelantikan itu dibuat berdasarkan kewibawaan yang ada pada Makiah Mohamed Isa. "Kita berharap dengan kemasukan beliau, PERKEBA akan terus maju dalam bergerak ke hadapan sebagai sebuah NGO yang membela kebajikan ...

KUALA KETIL- Teh 0 Arab yang dijual di Warung Hashem Nasi Arab di medan selera Taman Desa Bidara di sini menjadi buruan penggemar minuman teh. Dijual di warung nombor 18, teh O Arab dengan harga RM1.50 secawan di sini dikendalikan oleh dua pemuda dari Yaman. Bahkan, medan selera yang sentiasa menjadi pilihan masyarakat setempat turut menyediakan teh ais Arab yang ...

KUALA LUMPUR- Prestasi hambar skuad kebangsaan dalam Piala AFF Suzuki 2020 membawa kepada peletakan jawatan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, hari ini. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, keputusan itu diambil Cheng Hoe selepas berbincang dengan pengurusan FAM. "Cheng Hoe telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM dan menyatakan hasratnya itu berikutan kegagalan skuad kendaliannya ...

KUPANG - Jabatan Amal Malaysia (JAM) daerah Baling bersama Briged Muslimat Daerah Baling digerakkan untuk ke Pahang dalam misi membantu mangsa banjir, petang tadi. Seramai 18 anggota JAM dan 12 Muslimat bertolak ke Bentong Pahang dari Kompleks PAS Baling dengan menaiki beberapa buah kenderaan yang sesuai untuk mengharungi keadaan pasca banjir. Ketua Kebajikan merangkap Ketua Amal Kupang, Mohd Firdaus Zulkiflee ...