SUNGAI PETANI-Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) mendakwa menerima pelbagai laporan berhubung layanan kurang mesra seorang kakitangan wanita di Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Kedah.
Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, pihaknya mahu kakitangan berkenaan diberikan teguran oleh jabatan terbabit.
“PAMM terima aduan berhubung kakitangan Jabatan Insolvensi Malaysia Kedah melayan pelanggan dengan kasar melalui percakapannya, tindakannya tidak hormati pelanggan.
“PAMM menuntut supaya kakitangan terbabit dapat diberikan teguran oleh jabatan terbabit supaya perkara ini tidak berulang,”katanya.
Beliau berkata, kakitangan kerajaan sepatutnya menunjukkan contoh yang baik.
“Kakitangan itu melayan pelanggan seperti ada hutang dengan mereka, kasar bahasa dengan nada tinggi. Tidak menghormati pelanggan.
“Mungkin beliau lupa mengapa Jabatan Insolvensi ditubuhkan. Jika tiada orang bermasalah , jabatan ini tiada. Menjadi tanggungjawab kakitangan jabatan membantu pelanggan,”katanya.
Beliau berkata, PAMM terpaksa bersuara berkenaan isu terbabit memandangkan pihaknya telah menerima aduan daripada masyarakat.
RENTAS7








Leave a Reply