Amal dan Briged Muslimat Baling ke Pahang

Anggota Amal bergambar kenangan di depan Kompleks PAS Baling sebelum bertolak

KUPANG – Jabatan Amal Malaysia (JAM) daerah Baling bersama Briged Muslimat Daerah Baling digerakkan untuk ke Pahang dalam misi membantu mangsa banjir, petang tadi.

Seramai 18 anggota JAM dan 12 Muslimat bertolak ke Bentong Pahang dari Kompleks PAS Baling dengan menaiki beberapa buah kenderaan yang sesuai untuk mengharungi keadaan pasca banjir.

Ketua Kebajikan merangkap Ketua Amal Kupang, Mohd Firdaus Zulkiflee berkata, mereka akan berada di Pahang selama tiga hari.

“Jabatan Amal dan Briged Muslimat terpanggil ke sana bagi membantu saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahan.

“Insya Allah, kami akan membantu mereka khusus dalam mencuci dan membersihkan rumah mangsa
banjir,” katanya hari ini.

Beliau berkata, ini misi kedua JAM daerah Baling dalam membantu mangsa banjir selepas terlibat dengan misi membantu mencuci rumah mangsa banjir di Hulu Langat Selangor pada bulan lalu.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.