Chomel Viral Outlet bantu masyarakat Orang Asli

Pemakaian kain tudung oleh Hayati Salleh, pengurus CVO kepada anak-anak orang asli (Islam) di Kampung Lubuk Legong, Mukim Siong Baling

Laporan : Mohd Nazry Md Bidin

BALING – Lebih 30 orang kaum wanita masyarakat Orang Asli di Kampung Lubuk Legong Mukim Siong Baling menerima pakaian seperti kasut, tudung dan beg tangan daripada syarikat Chomel Viral Outlet
petang tadi.

Pengarah Urusan Chomel Viral Outlet, Mohd Taufik Mujahid Mohd Said berkata, program tanggungjawab sosial korporat ( CSR) yang pertama bagi pembukaan tahun 2022 itu dijalankan pihaknya
dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling, Kedah (Perkeba).

“Insha Allah kita akan teruskan program seperti ini di masa akan datang”, katanya.

Beliau sebelum itu merasmikan Program Jalinan Kasih Silaturrahim bersama Masyarakat Orang Asli di Dewan Kampung Lubuk Legong, Mukim Siong Baling.

Mohd Taufik Mujahid Mohd Said menyampaikan sumbangan kasut kepada salah seorang kaum wanita Masyarakat Asli

Syarikat Chomel Viral Outlet beroperasi di  pekan Kupang, Baling  Kedah .

Menurutnya, kerjasama dengan Perkeba akan diteruskan di masa akan datang.

Sementara itu, Yang Dipertua Perkeba, Jhangir Khan Hj Kathem Khan berkata, beliau amat berterima kasih kepada Syarikat Chomel Viral Otlet yang sudi membantu Masyarakat Orang Asli di sini.

“Kami harap di masa akan datang Chomel Viral Outlet akan terus bersama Perkeba untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan seperti yang dijalankan sebelum ini.

Mohd Nazry tiga dari kiri, Jhangir Khan (tengah), Mohd Taufik Mujahid tiga kanan dan Razali Kulim dua dari kanan

“Insha Allah Perkeba akan terus memberi sokongan dan bekerjasama dengan Syarikat Chomel Viral Outlet dalam membantu menjayakan setiap program CSR syarikat ini,” katanya.

Razali Kulim, selaku Tok Batin Masyarakat Orang Asli Kampung Lubuk Legong Mukim Siong Baling berkata, beliau amat bersyukur kepada Allah SWT kerana ada syarikat yang sudi datang ke kampung itu untuk memberi sumbangan kepada kaum wanita.

“Saya doakan semoga pihak Chomel Viral Outlet dimurahkah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan perniagaan” katanya.

Turut bersama di dalam program ini, Mohd Nazry Md Bidin, Setiausaha Kehormat Perkeba, Hayati Salleh, Pengurus Chomel Viral Outlet, Ustaz Ubai, Guru Agama Masyarakat Orang Asli, Salina Ahmad, Pentadbiran Perkeba dan Sulaiman Salleh, Biro Perkeba.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.