RENTAS7 diluas ke Pantai Timur

KUALA LUMPUR– Siaran berita RENTAS7 akan diluaskan ke Pantai Timur mulai Julai depan.

RENTAS7 dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu dibuat bagi menarik minat pembaca dari Pantai Timur.

“Ketika ini pembaca portal RENTAS7 lebih tertumpu di utara Semenanjung termasuk dari beberapa negara jiran .

“Setelah mengambil kira beberapa faktor, RENTAS7 akan menempatkan wartawan di Pantai Timur khususnya bagi melaporkan perkembangan di sana,”kata kenyataan RENTAS7 malam ini.

Kenyataan berkata, lima berita dari Pantai Timur akan disiarkan dalam sebulan untuk peringkat mula.

“Kami berharap pembaca RENTAS7 terus memberikan sokongan kepada portal ini.

“RENTAS7 masih berpaksi kepada media alternatif dalam menyampaikan maklumat yang benar, tepat dan seimbang serta menjadi media yang membawa suara umat Islam,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.