Sampah sarap cacatkan Pantai Pulau Kambing

Antara sampah sarap ditinggalkan segelintir pengunjung

BACHOK– Keadaan Pantai Pulau Kambing dekat sini dicemari dengan pembuangan sampah di tepi pantai dan ke dalam laut.

Tinjauan RENTAS7 pada Jumaat lalu mendapati banyak sampah sarap dibiarkan di persisir pantai termasuk ada yang dihanyutkan ombak.

Lebih menyedihkan, terdapat pengunjung tidak bertanggungjawab bertindak membuang tin minuman keras serta lampin pakai buang.

Pengunjung ingin dikenali sebagai Khafi, 27, berkata, keindahan Pantai Pulau Kambing srlama ini amat sesuai untuk beriadah dan mandi manda.

Pantai Pulau Kambing

Tetapi katanya, sikap pengunjung yang tidak menjaga kebersihan menjejaskan keindahan Pantai Pulau Kambing sekaligus memberikan imej buruk buat kawasan pelancongan itu.

“Agak mengecewakan apabila sampah sarap ditinggalkan oleh mereka di tepi pantai termasuk ke dalam laut.

“Sikap segelintir yang tidak tahu menghargai alam sekitar dan tidak menjaga kebersihan telah merosakkan keindahan dan kebersihan di sini,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa diharap dapat membuat pemantauan supaya imej pantai tersebut dapat dipelihara dengan baik.

“Kepada semua yang datang ke pantai ini atau mana-mana pantai, tolonglah jaga kebersihan. Jika bukan kita siapa lagi?,” katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.