LANGKAWI- Seramai 30 nelayan tempatan berusia 25 hingga 50 tahun termasuk tekong berdepan pengalaman ngeri apabila bot dinaiki mereka hampir karam setelah terlanggar objek, hari ini. Kejadian berlaku pada kedudukan 0.3 batu nautika utara Pulau Singa Besar, Langkawi jam 6.50 pagi. Ia melibatkan bot kayu berukuran 22.79 meter panjang dan 7.11 meter lebar milik syarikat Langkawi Marine Products Sdn. Bhd ...

LAHAD DATU –Rokok pelbagai jenama tidak bercukai yang bernilai RM 20,908.80 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di Bandar Cenderawasih di sini semalam. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintendent Gan Ping Sing berkata, sebuah premis di taman berkenaan diserbu PPM selepas menerima maklumat awam. "Hasil dari serbuan tersebut pihak polis telah berjaya menahan satu individu serta merampas rokok pelbagai ...

KUALA PERLIS- Sebanyak 200 kilogram daun ketum yang cuba diseludup ke negara jiran dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Perlis. Rampasan dibuat di persisiran pantai Kuala Perlis pada jam 12.45 pagi hari ini. Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Paing berkata, pihaknya menerima maklumat awam berkenaan sindiket tempatan yang bergiat aktif melakukan aktiviti penyeludupan keluar daun ...

KUALA LUMPUR-Urusan temu duga bagi Graduan Lepasan Universiti Awam (UA) kelahiran Negeri Sabah dan Sarawak untuk pengambilan tahun 2020 akan diadakan sebelum hujung April tahun ini. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dalam kenyataan berkata, perkara itu bergantung kepada graduan yang telah mendapat kelulusan Senat Universiti atau bergraduasi sebelum atau pada 18 Ogos 2020. "Merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan pada 14 ...

TAWAU- Sebuah bot penumpang yang membawa enam warga Indonesia ke perairan Tawau ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan laut Sungai Melayu, semalam. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis, Mohd Nazari Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan membawa dua penumpang lelaki dewasa dan empat perempuan dewasa. Menurutnya, mereka berumur lingkungan 25 hingga 40 tahun. "Juragan serta ...

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz sebaik menjejaki kaki di Terminal Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh. Muhyiddin yang ditemani isterinya, Noorainee Abdul Rahman turut disambut Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau dan isteri tiba pada jam 7.45 malam waktu tempatan akan memulakan progam di Istana ...

JOHOR- Seorang tekong bot pancing menemui ajal selepas keluar memancing bersama rakannya pada malam 6 Mac lalu. Mangsa, Borhan Ahmad,54, meninggal dunia dalam bot berhampiran Jeti Jabatan Laut Sungai Pulai. Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, rakan mangsa segera menghubungi Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor pada 9.40 malam apabila mendapati rakannya pengsan dalam bot. "Pengadu ...

PADANG TERAP- Taktik lima lelaki warga Thailand yang cuba menyeludup keluar 11 guni daun ketum pada waktu malam di sini, digagalkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sel Perhubungan Raya, Divisyen Kedua Infantri Malaysia berkata, 11 guni daun ketum seberat 355.5 kilogram itu dirampas melalui sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Briged) pada malam 5 Mac lalu. "Kejayaan ...

KUALA PERLIS- Cubaan menyeludup keluar 400 kilogram daun ketum bernilai RM72,000 dari Perlis ke Thailand digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Negeri (APMM) semalam. Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Paing berkata, sebanyak 40 bungkusan daun ketum dirampas APMM di kedudukan 0.1 batu nautika, barat pantai Kuala Perlis pada jam 6.30 pagi. "Hasil maklumat risikan, bot peronda Maritim Malaysia ...

KUALA KETIL- Surau al-Barakah Kampung Tembak B menerima sumbangan 100 kampit beras zakat daripada NHH Insan Service Station Sdn Bhd, baru-baru ini. AJK Surau Al-Barakah, Elyas Salleh berkata, sumbangan itu akan digunakan bagi membantu penduduk kampung yang memerlukan. "Terima kasih kami ucapkan kepada wakil syarikat, Tuan Hj Hafiz Hj Mansor yang datang menyampaikan sumbangan ini. "Insha ALLAH sumbangan ini akan ...