Syukur, surau dapat sumbangan zakat

Wakil surau kiri menerima sumbangan daripada pihak syarikat

KUALA KETIL– Surau al-Barakah Kampung Tembak B menerima sumbangan 100 kampit beras zakat daripada NHH Insan Service Station Sdn Bhd, baru-baru ini.

AJK Surau Al-Barakah, Elyas Salleh berkata, sumbangan itu akan digunakan bagi membantu penduduk kampung yang memerlukan.

“Terima kasih kami ucapkan kepada wakil syarikat, Tuan Hj Hafiz Hj Mansor yang datang menyampaikan sumbangan ini.

“Insha ALLAH sumbangan ini akan diagihkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di kampung ini,” katanya.

Beliau berkata, pihak surau turut mengalu-alukan sumbangan daripada pihak-pihak lain supaya lebih ramai keluarga susah dapat dibantu.

Sumbangan boleh disalurkan kepada surau dengan menghubungi Elyas di talian 0163645776.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.