KULIM- Kekurangan rumput napier di pasaran memberikan ilham kepada seoarang anak muda untuk mengusaha dan menjual makanan ternakan tersebut. Kini, Shahemi Mohd Radzi,31, sudah boleh tersenyum lebar apabila usaha keras dan gigih sejak dua tahun lalu memberikan pendapatan lumayan. Dibantu beberapa pekerja, mereka memanfaatkan sepenuhnya tanah terbiar berkeluasan 7.1 hektar di Kampung Bikan membolehkan keuntungan kasar diraih mencecah sekitar RM10,000 ...

BALING –Keindahan di puncak Bukit AA di Kampung Charok Bakong di sini memukau siapa sahaja yang menawan puncaknya. Di sebalik keindahan pemandangan dari atas puncak, bukit ini melambangkan kisah cinta seorang anak kepada kedua ibu-bapanya yang telah meninggal dunia. Pemilik dusun durian, Mohd Zaid Ab Mokti, 31, berkata, gelaran AA diambil sempena nama ibu-bapanya iaitu Abd Mokti dan Asiah. Menurutnya, ...

PUTARAJAYA- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan sumbangan sains dalam kehidupan harian dan pentingnya sains untuk pembangunan negara. Dr. Mahathir menyarankan supaya tumpuan diberikan kepada pembentukan pemikiran saintifik (mindset) dan pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kalangan rakyat dalam semua aspek kehidupan. "Ini dapat dilaksanakan bermula dari alam persekolahan dengan pembangunan kurikulum dan pedagogi yang bersesuaian dan inovatif,"katanya. ...

KUALA LUMPUR- Pemain tengah dari Kosovo, Liridon Krasniqi sah memperolehi Kewarganegaran Malaysia sekaligus bakal menjadi pemain naturalisasi Harimau Malaya. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, pemain itu telah menerima MyKad dan hanya perlu menunggu kelulusan akhir daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk sertai skuad negara. "FAM dengan rasa berbesar hati ingin memaklumkan bahawa Liridon telah sah memperoleh ...

KUALA LUMPUR- Identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat disahkan sebagai lelaki. Perkara itu disahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, hari ini. Beliau berkata, atas rasa amanah dan tanggungjawab, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) mengambil inisiatif bertemu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 3 Februari lalu. Menurutnya, pertemuan itu bertujuan mendapatkan pengesahan butiran lengkap Sajat yang tersebar ...

BALING-Seorang penternak kambing pengsan selepas motosikal ditunggangnya dirempuh oleh seekor babi hutan di Kampung Cherok Landak . Kejadian itu berlaku pada 28 Januari lalu jam 3.45 petang . Mangsa, Suhaimi Jasmi,57, berkata, dia yang menunggang motosikal jenis Dash ketika itu dilanggar babi berkenaan secara mengejut. "Akibatnya saya pengsan dan mengalami kecederaan di seluruh badan dan menerima rawatan di Hospital Sungai ...

KUALA LUMPUR- Kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) menampilkan wanita seksi dalam salah satu video pengenalan jersi mereka bagi tahun ini. Menerusi video berdurasi tiga minit 32 saat itu, beberapa pemain JDT melakonkan watak sedang minum di sebuah premis. Mereka kemudiannya terpesona dengan kejelitaan seorang gadis yang masuk ke dalam premis berkenaan. Video berkenaan turut memasukkkan babak aksi menari ...

  ARAU- Mufti Perlis mendakwa kenyataannya berkaitan usahawan kosmetik, "Nur" Sajat dilaporkan secara tidak tepat oleh beberapa buah media. Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, media seperti Awani, Malaysiakini, Metro serta yang lain  membuat ayat sendiri berhubung kenyataannya tentang lelaki bernama Sajat. "Saya tidak kata beliau tidak boleh dikecam atau dikritik. Saya kata jangan melaknat beliau secara peribadi,"katanya dalam kenyataan ...

KUALA LUMPUR- Sabah sedia mempertimbangkan lanjutan tempoh visa kepada pelancong China yang bimbang pulang ke negara mereka buat ketika ini susulan penularan wabak koranivirus. Memetik Sabah News Today (SNT), lanjutan itu hanya akan diberikan sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat kesihatan dan keselamatan ditetapkan. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew berkata, pelancong terbabit juga dinasihati supaya merujuk pejabat konsulat negara mereka ...

SUNGAI PETANI- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mengalu-alukan DAP keluar daripada PH seperti mana hasrat Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Meng. Kor Meng pada 29 Januari lalu memberi kata dua kepada kerajaan supaya mengiktiraf UEC atau DAP akan tinggalkan PH. Pengerusi Penyelaras PUTRA Kedah, Datuk Mustafa Idrus berkata, kerajaan tidak perlu tunduk dengan ugutan DAP, sebaliknya perlu tegas menolak ...