Wanita seksi, menari hiasi video jersi JDT

KUALA LUMPUR– Kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) menampilkan wanita seksi dalam salah satu video pengenalan jersi mereka bagi tahun ini.

Menerusi video berdurasi tiga minit 32 saat itu, beberapa pemain JDT melakonkan watak sedang minum di sebuah premis.

Mereka kemudiannya terpesona dengan kejelitaan seorang gadis yang masuk ke dalam premis berkenaan.

Video berkenaan turut memasukkkan babak aksi menari wanita itu dengan salah seorang pemain utama JDT, Corbin Ong.

Tahun ini JDT menggunakan jersi berjenama Nike berwarna merah, biru bagi aksi di tempat sendiri dan putih, kuning keemasan bagi aksi di gelanggang lawan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.