Budayakan STI dari alam persekolahan- Dr Mahathir

PUTARAJAYA– Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan sumbangan sains dalam kehidupan harian dan pentingnya sains untuk pembangunan negara.

Dr. Mahathir menyarankan supaya tumpuan diberikan kepada pembentukan pemikiran saintifik (mindset) dan pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kalangan rakyat dalam semua aspek kehidupan.

“Ini dapat dilaksanakan bermula dari alam persekolahan dengan pembangunan kurikulum dan pedagogi yang bersesuaian dan inovatif,”katanya.

Terdahulu, Dr. Mahathir mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Sains Negara bagi tahun 2020 sebagai bukti komitmen kerajaan dalam memacu bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) di Malaysia ke arah negara berteknologi tinggi di sini, semalam

Mesyuarat Majlis Sains Negara turut dihadiri Menteri Tenaga, Sains,
Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin, Timbalan Menteri MESTECC, Isnaraissah Munirah
Majilis dan Ketua Setiausaha MESTECC selaku Setiausaha mesyuarat, Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

Dalam majlis itu turut dibincangkan ialah cabaran serta pengalaman yang dikongsi oleh wakil industri dalam menghadapi persaingan global dan cadangan penyelesaian untuk mengadaptasi perkembangan teknologi pantas seiring dengan pembangunan sosioekonomi negara.

Rentas7.com

Keterangan gambar:

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merakam foto bersama ahli mesyuarat Majlis Sains Negara yang turut dianggotai Menteri MESTECC, YB Yeo Bee Yin, (empat kiri), Timbalan Menteri MESTECC, YB Isnaraissah Munirah Majilis (tiga kanan), Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dr. Ong Kian Ming (tiga kiri), Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki Ali (empat kanan) dan Ketua Setiausaha MESTECC, YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir (dua kanan).

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.