Julai 1978, Mahathir mengislamkan 52 individu

 

KUALA LUMPUR- Pada 42 tahun yang lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah mengislamkan 52 individu (gambar atas).

Menurut Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, pemimpin itu membimbing kesemua individu berkenaan mengucapkan dua kalimah syahadah.

“Gambar hitam putih ini diambil pada 20 Julai 1978 semasa Tun Mahathir yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dalam satu upacara mengislamkan 52 orang individu di mana beliau membimbing mereka untuk mengucapkan dua kalimah shahadah,”katanya di Facebook, malam ini.

 

Firdaus

Posting itu dilihat sebagai sindiran kepada golongan yang fobia latar belakang Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik di awal pencolannya sebagai Menteri Pendidikan.

“Semasa Dr Maszlee Malik mahu dilantik sebagai Menteri Pendidikan, golongan liberal seperti kera kena belacan kerana latar belakang Islamiknya.

“Mereka bukan menentang Dr Maszlee kerana dia tak layak tetapi mereka phobia dengan apa sahaja yang dikaitkan dengan Islam. Bahasa mudahnya, Islamophobia.

“Alhamdulilah kini pemangku Menteri Pendidikan tiada latar belakang pengajian Islam di peringkat tertinggi tetapi beliau adalah Yang Di-Pertua PERKIM Kebangsaan, sebuah gerakan Islam yang memfokuskan mengislamkan orang Belum Muslim dan membimbing muallaf,”katanya.

Jelas Firdaus, PERKIM telah mengislamkan ribuan bukan Islam termasuklah dirinya.

“Ayuh kita gandakan usahakan kita menyebarkan mesej Islam kepada semua. Mahu terima atau tidak, kita jalankan sahaja tugas kita untuk menyampaikan.

“Tak perlu peduli suara sumbang golongan pencen dan mereka yang mahu menentang gerak kerja dakwah,”katanya.

Firdaus turut menyertakan Firman ALLAH dalam Surah As-Saff (61:7-8).

“Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.