16 pasukan berentap Piala YB Mejar (B) Mansor

Mansor mengalungkan pingat kepada salah seorang pemain

Laporan: Ilyas Salleh

KUALA KETIL– Sebanyak 16 pasukan berentap Liga Bola Sepak Piala YB Mejar (B) Mansor Zakaria.

Kejohanan sembilan sebelah itu berlangsung pada semalam di Padang Awam Kuala Ketil, menarik kehadiran ratusan penonton dan penyokong untuk memenuhi ruang di sekeliling padang.

Para penonton cukup teruja dengan aksi-aksi diperagakan setiap pasukan bertanding dan mereka akan bersorak ketika pasukan kesayangan melakukan percubaan atau menjaringkan gol.

Secara tidak langsung is menjadikan kejohanan anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Kuala Ketil itu sebagai hiburan rakyat termasuk menyuburkan semangat kesukanan kepada golongan muda.

Mansor bergambar bersama pasukan Lik A FC

Kejohanan bermula 8.00 pagi hingga petang itu menyaksikan pasukan Lik A FC muncul pemenang setelah menewaskan KDKL FC 3-2 menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir.

Kejohanan itu dilihat sebagai medan terbaik untuk mencungkil bakat-bakat baharu serta melahirkan pelapis skuad bola sepak khususnya buat negeri ini.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.