Hong Wan semakin hampir untuk JDT

Nathaniel Shio Hong Wan

KUALA LUMPUR-Skuad Johor Darul Takzim (JDT) semakin hampir mendapatkan pemain kacukan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan yang kini beraksi untuk kelab Wolverhampton Wanderers FC.

Khabar terbaru itu dimaklumkan JDT  di halaman Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers malam ini.

Pengarah Teknikal Kelab Bola Sepak JDT, Alistair Edwards berkata, JDT telah mencapai persetujuan untuk mendantangani pemain itu.

Bagaimanapun beliau berkata, perjanjian itu tertakluk kepada kejayaan permohonan kerakyatan Malaysia yang bermula sebaik sahaja kontrak semasa pemain tersebut tamat pada Jun.

Hong Wang telah membuat lapan penampilan bersama Wolverhampton bawah 23 tahun (B-23).

Hong Wan yang beraksi di posisi tengah mempunyai talian darah dengan Malaysia.

Ibunya berasal dari Tangkak Johor dan bapanya dari China sekaligus memberikan harapan cerah buat Hong Wan beraksi untuk skuad negara.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.