Kepala ibu dan anak ditemukan atas loteng

Anggota badan manusia yang dikerat

MELAKA– Polis menemukan bahagian kepala ibu dan anak yang dibunuh kejam di atas loteng rumah dua tingkat  di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka, lapor Harian Metro.

Rumah berkenaan dipercayai disewa mangsa dan dihuni bersama pembunuh yang juga ayah serta suami kepada dua beranak berkenaan.

Mangsa berusia 27 dan 11 tahun itu menurut polis dikerat kepada lapan bahagian dan dibuang ke lokasi berbeza.

Harian Metro yang memetik sumber polis melaporkan bahagian kepala dua beranak itu ditemukan pada Jumaat lalu kira-kira jam 8 malam.

“Kedua-dua bahagian kepala mangsa ditemukan di atas loteng rumah dua tingkat yang didiami mangsa bersama suaminya

“Kedua-dua bahagian kepala mangsa ditemukan di atas loteng dua tingkat yang didiami mangsa bersama suami,”kata sumber yang disiarkan Harian Metro.

Dilaporkan keluarga mangsa juga telah dipanggil ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk membuat pengesahan.

Khamis lalu media tempatan melaporkan bahagian mayat dua beranak ditemukan dalam kawasan semak di Kampung Ladang Krubong oleh orang awam.

Suspek hasil kerjasama polis Singapura telah ditahan bagi siasatan.

Mangsa berasal Singapura itu dikatakan melakukan pembunuhan kejam itu selepas bertengkar dengan isterinya.

 

 

Rentas7.com Photo/ Harian Metro

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.