Enam lelaki Filipina cuba ceroboh Sabah ditahan

Enam lelaki Filipina yang cuba masuk Sabah ditahan

KUALA LUMPUR–– Enam lelaki warga Filipina yang cuba menceroboh Sabah ditahan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna di sekitar Pulau Sibangkat, Sabah kelmarin.

Pasukan Polis Marin W4 Sabah berkata, bertindak atas maklumat, bot ronda Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna melakukan rondaan pada jam 7.30 pagi pada 6 November lalu.

Menurutnya, bot laju berwarna kuning dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum berjaya ditahan disekitar perairan Pulau Sibangkat.

“Hasil pemeriksaan Bot tersebut yang dijuragani oleh seorang lelaki ada membawa lima orang penumpang lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Hasil temubual awal akuan lisan dari juragan bot dan penumpang, mereka mengaku daripada Bongao Filipina masuk Ke Semporna,”katanya dalam kenyataan rasmi

Kenyataan berkata, tangkapan dan rampasan dibawa balik ke Pengkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.

RENTAS7

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.