Sebab biadap dengan Dr. Noor Hisham, lelaki ini dapat padah

Antara gambar Fahmi yang menjadi bahan netizen

KUALA LUMPUR– Pelukis kontroversi Fahmi Reza yang melukis wajah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdulllah dalam mangkuk tandas menerima pengajaran daripada netizen.

Sebagai balasan terhadap perbuatan biadapnya, gambar Fahmi pelbagai versi dalam mangkuk tandas menghiasi media sosial sejak semalam.

Ia dilukis netizen yang tidak berpuas hati dengan Fahmi, pelukis yang menghasilkan banyak lukisan tidak bermoral.

Gambarnya itu diiringi dengan kecaman hebat yang jelas berang dengan perbuatannya mempertikai usaha murni pihak lain membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Antara gambar yang tular ialah menyifatkan lelaki itu sebagai sampah masyarakat.

Sebahagian besar kritikan netizen juga boleh dilihat di Facebook milik pelukis tersebut.

Dua hari lalu Fahmi memuat naik dua lukisan kontroversi terhadap Dr. Noor Hisham.

Lukisan itu bagi netizen mempolitikkan kerja keras Dr. Noor Hisham yang selama ini memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Selain gambar berkenaan, pelukis berkenaan juga pernah menghasut rakyat melalui lukisannya supaya turun ke jalanan bagi menentang darurat.

Gambar Fahmi yang dilukis dengan pelbagai versi oleh netizen

Pada 23 Oktober lalu lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong ( YPDA) Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdul Aziz Kuantan, Pahang.

Lagi kritikan netizen terhadap Fahmi

Ia bertujuan memohon pelaksanaan Darurat Perkara (150) 1 dan Pemasyuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi wabak COVID-19 di negara ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.