YDPA menitahkan semua Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR– Yang Dipertuan Agong Al- Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah menasihati semua Ahli Parlimen untuk memberikan sokongan penuh kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan COVID-19.

Datuk Penglola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat amat penting kepada kerajaan dan mana-mana pihak berkuasa.

Katanya, ia khususnya kepada petugas barisan hadapan bagi meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha-usaha membendung dan menangani wabak daripada terus merebak.

“Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah menyeru Ahli-Ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat Seri Paduka Baginda untuk mereka memberhentikan segera segala perbalahan politik dan sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fadhil berkata, Seri Paduka Baginda mengingatkan Ahli-Ahli Dewan Rakyat bahawa sengketa politik untuk untuk kepentingan peribadi masing-masing akan merugikan negara dan seluruh rakyat akan menjadi mangsa pada ketika negara masih bergelut menghadapi ancaman COVID-19.

“Al-Sultan Abdullah bertitah demikian selepas menerima menghadap YDPA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara hari ini.

“Dalam sesi menghadap yang berlansgung lebih satu jam dari 8 pagi, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima taklimat ringkas berkenaan Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Parlimen pada 6 November 2020.

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan Seri Paduka Baginda agar Belanjawan 2021 ini memberikan penekanan kepada pemulihan ekonomi negara dan kesejahteraan serta kelangsungan hidup rakyat tang terkesan akibat penularan COVID-19,”katanya

Ahmad Fadil berkata, Al Sultan turut menzahirkan keyakinan penuh kemampuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui kepimpinan negara di saat negara sedang diuji dengan pelbagai krisis ini.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,”katanya.

Rentas7/ Foto: Istana Negara

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.