Lima polis Thailand cedera diserang

Keadaan kereta pikap dinaiki anggota polis berkenaan

PATANI-Lima polis Thailand cedera selepas kereta pikap dinaiki terbabit dengan insiden letupan bom hari ini.

Kejadian berlaku jam 1.00 petang waktu tempatan di daerah Srisakorn, dalam wilayah Narathiwat di negara gajah putih itu.

Menurut laporan tempatan, letupan disusuli dengan tembakan berulang kali terhadap lima anggota terbabit.

Semua yang cedera di bawa ke Hospital Srisakorn

Setakat ini, belum dapat dipastikan pihak sebenar yang melalukan serangan berkenaan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.