Sanusi harap bazar dalam kawasan PKP diberi kelonggaran

Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR-Menteri Besar Kedah menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan operasi Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri sepanjang Ramadan ini

Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Bazar Ramadan berisiko tinggi pula hanya ditutup selama tiga hari.

“Khabar yang melegakan daripada Menteri Kanan Pertahanan Dato’ Ismail Sabri Yaakob.

“Bazar Ramadhan dan Bazar Aidilfitri boleh teruskan perniagaan kecuali beberapa bazar berisiko tinggi yang ditutup selama 3 hari. Alhamdulillah ,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau berkata, bagi keputusan berkait bazar dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) pula akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) jam 2.30 petang esok (3 Mei 2021) dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

Menurutnya, beliau akan menyertai mesyuarat berkenaan secara dalam talian.

“Saya akan membangkitkan situasi peniaga-peniaga Bazar Aidilfitri yang tidak dapat menanggung beban yang terlalu besar akibat penutupan perniagaan di bazar terbabit.

“Saya juga berharap agar bazar dalam kawasan PKP diberi kelonggaran untuk beroperasi dengan SOP yang diperketatkan. Semoaga ada khabar melegakan esok bagi lima daerah yang kena PKP,” katanya.

Lima daerah di Kedah yang diletakkan dalam senarai PKP ialah Baling, Kulim, Bandar Baharu, Alor Setar dan Kuala Muda.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.