Guru wanita ditahan tentera dibebaskan

Aziyan dibebaskan selepas ditahan empat hari

PATANI-Seorang guru wanita yang ditahan tentera pada 2 April lalu dibebaskan semalam.

Selama empat hari, guru berkenaan ditahan di Kem Ingkhayut Bothong Patani.

Media tempatan melaporkan, Aziyan Waji’ berusia 36 tahun di Balai Polis Patani pada jam 12. 00 tengah hari.

Pembebasan guru Bahasa Inggeris itu dilakukan setelah pihak berkuasa menerima tekanan daripada mahasiswa, aktivitis dan masyarakat awam.

Guru berkenaan didakwa terlibat dengan kumpulan gerakan Patani yang melancarkan serangan bom menggunakan kereta curi di Balai Polis Reman wilayah Yala bulan lalu.

Aziyan turut didakwa memberikan perlindungan kepada kumpulan bersejanta berkenaan.

Bagaimanapun polis dan tentera tidak mempunyai bukti kukuh terhadap tuduhan tanpa asas itu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.