ESSCOM dedah senarai penjenayah dikehendaki

Senarai nama suspek yang dikehendaki

LAHAD DATU-Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada hari ini mendedahkan senarai nama dan gambar 21 suspek penjenayah warga asing yang dikehendaki.

Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad berkata, kesemua warga asing atau wanted list (WL) itu terlibat dengan jenayah rentas sempadan dan penculikan di perairan Zon Selamat Sabah (ESSZONE) sepanjang tahun lalu.

Menurutnya, senarai WL terbaru itu dikeluarkan pada 30 Disember lalu dan maklumat mereka dikemaskini setiap enam bulan.

“Kesemua suspek adalah warga asing yang telah disenaraikan sebelum ini termasuk lima penama suspek terbaru turut disenaraikan,”katanya yang dipetik daripada Bernama.

Beliau berkata, daripada keseluruhan jumlah WL, lima daripadanya telah dikeluarkan kerana tiga daripadanya telah ditembak mati ketika pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Duaa lagi suspek telah ditangkap dan menyerah diri.

Menurutnya, baki 16 nama WL dari senarai asal masih dikekalkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ESSCOM di talian 089-863181 atau di aplikasi whatsapp 013-8803585 / 019-2305909.

Rentas7.com

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.