Kluster baru di Kedah

ALOR SETAR-Kedah mencatatkan 103 kes harian positif COVID-19 hari ini.

Jumlah berkenaan termasuk satu kes baharu yang dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Kluster Bunga Raya.

Lima daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih diletakkan dalam senarai kawasan merah.

Alor Setar, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu dan Baling ialah daerah terbabit.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.