Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kedah lawat Kuala Ketil

Mejar Mansor kanan bersama Dato' Isahak (dua kanan) dan kakitangan kerajaan negeri meninjau keadaan jalan salah satu pondok

 

Laporan: Elyas Salleh

KUALA KETIL– Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Haji Isahak Murat mengadakan lawatan ke DUN Kuala Ketil siang tadi.

Lawatan itu bagi meninjau jalan sekolah agama akan dinaiktaraf menggunakan peruntukan kerajaan negeri.

Ia termasuk dalam usaha menjayakan gagasan kerajaan negeri iaitu Cordoba Of Kedah (CoK).

Mansor Zakaria menerangkan sesuatu kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri

Antara jalan ditinjau ialah Pondok Ustaz Bakar Parit Panjang, Jalan Madrasah Ustaz Nurudin, Jalan Madrasah Fuqaha Charok Bakap, serta Madrasah Ustaz Nawawi Harun Sungai Kuala Darak

Turut bersama adalah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria serta Penghulu Teloi Kanan, Muhd Effy.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.