Kerajaan laksanakan PKPDB di Penjara dan Kuaters Alor Setar

ALOR SETAR-Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara Pentadbiran di kawasan penjara Alor Setar dan kuaters kakitangannya selama 14 hari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu akan berkuatkuasa 12.01 malam ini selepas mengambil kira peningkatan jumlah kes yang berlaku.

“Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di kawasan penjara termasuk kuarters kakitangan selama 14 hari berkuatkuasa mulai jam 12.01 tengah malam, 5 Oktober 2020.

“Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam kawasan tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan,”katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Beliau berkata, sepanjang tempoh PKPDB, sebarang pergerakan keluar dan masuk melibatkan kawasan ini termasuk lawatan oleh keluarga tahanan adalah tidak dibenarkan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.