Kemasukan pelajar asing dapat kelulusan Imigresen ditangguhkan

Dato' Indera Khairul Dzaimee Daud

KUALA LUMPUR– Semua kemasukan pelajar asing yang mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditangguhkan sehingga 31 Disember depan.

Ketua Pengarah JIM, Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, kemasukan itu berkuasa kuasa kepada pelajar asing yang baru dan sedia ada.

“Penangguhan ini adalah selaras dengan keputusan Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) bertarikh 2 Oktober 2020 yang menangguhkan pendaftaran
dan pengajian secara fizikal/bersemuka pelajar Institut Pengajian Tinggi
(IPT) kemasukan Oktober 2020,”katanya.

Beliau berkata, JIM difahamkan bahawa KPT telah berunding dengan syarikat-
syarikat penerbangan mengenai penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar antarabangsa.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.