“Jangan hina pelarian”- Mat Sabu

KUALA LUMPUR– Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu membuat ketegasan dalam Persidangan Parlimen hari ini bahawa setiap pelarian tidak wajar dihina.

Beliau berkata, setiap pelarian mempunyai kategori-kategori tertentu.

“Pelarian ini kita perlu jaga, kategori-kategori pelarian itu. Jangan dianggap kita ini lupa sejarah.

“Jangan kita dianggap bahawa kita lupa, Islam itu ditegakkan oleh para pelarian khasnya Nabi Muhammad S.A.W,” katanya ketika menjawab soalan celahan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam Dewan Rakyat hari ini.

Soalan dilontarkan Shamsul berkaitan “defense diplomacy” disebut Mohamad dalam perbahasan sebelum itu.

Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Nabi Muhammad juga pernah menjadi pelarian atau dalam erti kata lain berhihjrah dari Makkah ke Madinah.

Tambah Presiden Amanah itu, Nabi Musa juga memimpin kepada pelarian daripada kezaliman firaun.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.