Mat Sabu salah beri contoh antara bapa saudara dan sepupu Nabi

KUALA LUMPUR-Mohamad Sabu memberikan contoh yang salah dalam Dewan Rakyat apabila menyatakan Jaafar Bin Abi Talib sebagai bapa saudara Nabi Muhammad.

Mohamad menyebut perkara itu ketika mempertahankan pelarian dalam perbahasan di Parlimen hari ini.

Antara yang disebut Mohamad ialah pelarian tidak wajar dihina bahkan Islam ditegak oleh pelarian itu sendiri.

Kata Ahli Parlimen Kota Raja itu, pelarian mempunyai pelbagai kategori termasuk yang datang ke negara ini bagi menyelamatkan diri daripada dizalimi di negara sendiri.

“Islam ditegakkan oleh orang pelarian. Bahkan Nabi Musa memimpin pelarian dari Mesir untuk menyelamatkan diri hasil tekanan daripada Firaun.

“Jaafar Bin Abi Talib, bapa saudara Nabi memimpin pasukan hijrah yang pertama ke Habsyah, dilindungi oleh maharaja Kristian di Ethiopia.

Jaafar Abu Talib yang disebut sebagai bapa saudara sebenarnya adalah sepupu kepada baginda.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/jangan-hina-pelarian-mat-sabu/

Bapa Saudara Nabi Muhammad S.A.W adalah Abu Talib.

Namun kesilapan Mohamad atau digelar Mat Sabu dalam memberikan contoh itu mungkin kerana tersasul.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.