Ditemui mati dalam tidur

Gambar hiasan

KUPANG-Seorang lelaki ditemui meninggal dunia ketika sedang tidur oleh isterinya pada Jumaat lalu.

Lelaki itu dikenali sebagai Marzuki Ibrahim, 57, dari Kampung Kelian.

Jiran, Ibrahim Md Idris,61, berkata, si mati mempunyai sejarah penyakit jantung dan akan jalani rawatan di hospital pada hari ini.

“Jiran terdekat di situ maklumkan pada saya jam 7 pagi. Kami difahamkan Allahyarham meninggal dunia sekitar jam 4.45 pagi.

“Arwah beruntung meninggal dunia pada hari Jumaat. Hari penghulu segala hari yang penuh kemulian dan keberkatan,”katanya hari ini.

Allahyarham yang dikebumi di tanah perkuburan Islam Masjid Asam Jawa meninggalkan empat orang anak dewasa dan seorang isteri.

Surat mati yang disahkan Ketua Polis Balai Kupang mengesahkan lelaki itu mati disebabkan komplikasi sakit kronik.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.