Sokong dasar baik tak rugikan negara

Datuk Mustaffa Idrus

KUALA LUMPUR– Tidak salah menyokong apa saja dasar atau perkara baik oleh kerajaan walaupun rakyat berbeza warna politik kata Pengerusi Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Dato’ Mustaffa Idrus.

Beliau berkata, negara akan maju dan makmur sekiranya rakyat dan pemimpin menyokong usaha murni pihak kerajaan.

“Pelabur-pelabur akan datang jika melihat kestabilan dan keharmonian sesebuah negara.

“Kita berbeza cukuplah pada hari mengundi saja. Tetapi di luar musim pilihan raya, saya berpandangan perkara baik perlu disokong kerana yang akhirnya rakyat akan terima manfaat,”katanya.

Beliau berkata, PAMM selaku sebuah NGO berharap rakyat negara ini dapat hidup aman dan sentosa di luar konteks politik.

“Di luar sana masih ramai anak muda tidak mempunyai peluang pekerjaan, masih ramai golongan asnaf perlu dibantu, masih banyak kemudahan asas perlu disediakan.

“Saya berharap pada tahun 2025, corak permikiran kita dapat membezakan antara perkara baik dan politik. Kita tegur apa tak betul, dan kita sokong apa yang betul.

“Malaysia perlu muncul sebagai sebuah negara yang maju dan dihormati seluruh dunia. Maju bukan dalam konteks bangunan yang tinggi semata-mata. Apa gunanya bangunan tinggi tetapi rakyat merana?

“Tetapi biarlah kita maju dalam aspek pertanian, persenjataan, pentadbiran, perikanan, penternakan dan sebagainya. Kita perlu keluar daripada sebuah negara yang terlalu bergantung kepada negara lain kepada negara pengeluar,”katanya.

Mustaffa berkata, contoh politik terbaik boleh ditiru adalah daripada rakyat Indonesia.

“Mereka tidaklah berpolitik 24 jam. Ada masanya. Mereka menyokong benda yang benar dan merugikan mereka tentang. Konsep ini boleh kita gunakan untuk kebaikan negara,”katanya.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.