Rohingya di Malaysia masih pikul parut penderitaan – Aktivitis Rohingya

KUALA LUMPUR-“Penangkapan dan penahanan hanya akan menambah penderitaan yang telah mereka tanggung,” kata aktivis Rohingya, Ro Abdumonaf yang berkongsi simpati terhadap layanan yang diterima etnik Rohingya di Malaysia.

Aktivis Rohingya yang kini menetap di sebuah kem pelarian di Bangladesh itu berkata, etnik Rohingya di Malaysia masih memikul parut penderitaan akibat penindasan dan pengusiran dari tanah air mereka.

“Belas ihsan, keadilan serta usaha menangani punca sebenar yang memaksa mereka meninggalkan tanah air, bukannya hukuman, adalah jalan ke arah keamanan yang berkekalan serta kepulangan yang selamat dan bermaruah ke Myanmar,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada operasi penahanan etnik Rohingya di Malaysia yang dijalankan pihak berkuasa sejak kebelakangan ini, susulan kehadiran pendatang Rohingya yang tidak terkawal sehingga mencetuskan kemarahan sebahagian rakyat Malaysia.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.