KUALA LUMPUR-Kewibawaan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baru diharap dapat mengangkat syiar agama, ummah serta negara yang lebih baik. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat ( DUPP), Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, Datuk Paimuzi Yahya (gambar) mempunyai pengalaman luas berkhidmat selama 34 tahun dalam perkhidmatan awam Menurutnya, Paimuzi pernah menerajui JAKIM Sabah, ILIM, Darul Quran JAKIM, Jabatan Agama ...
KUALA LUMPUR- Perbuatan biadab merobohkan pusara Al Arifbillah Syeikh Abdul Somad Muhammad Soleh Al Kelantani berkemungkinan dilakukan kumpulan berfahaman Wahabi. Binaan makam yang terletak di tanah perkuburan Banggol Kota Bharu itu dihancurkan oleh beberapa individu tidak dikenali sebelum ia tular di media sosial siang tadi. Jam’iyah Nahdlatul Ulama' Malaysia ( NA’AM) dalam satu kenyataan berkata, Almarhum yang juga dikenali Tuan ...
ALOR SETAR- PAS mengingatkan PH supaya segera menangani G25 yang mengeluarkan kenyataan menyentuh agama Islam di negara ini. Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya berkata, sikap lembik PH terhadap G25 ibarat membiarkan api kecil mula membakar dan akhirnya akan menjadi lebih besar. Menurutnya, PH perlu segera menangani G25 dengan kuasa yang ada sebelum api tersebut menjadi marak dan besar membakar perasaan ...
BALING- Seramai 60 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Siong menerima sumbangan baju sukan dan alat tulis daripada Yayasan Jacobs, baru-baru ini. Sumbangan melalui program “Back To School” itu diadakan di SK Siong dengan melibatkan 20 orang murid berkeperluan Khas (MBK) dan 40 murid aliran perdana. Penolong Kanan Pendidikan Khas, Siti Rosni Ahmad (gambar dua kiri) berkata, sumbangan diperolehi dalam bentuk tunai ...
KUALA LUMPUR-Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan pernah diugut berhubung tindakannya membongkar pergerakan kumpulan pengganas LTTE di Malaysia. Dalam satu kenyataan di Facebooknya malam ini, beliau berkata, pendedahan itu menyebabkan beliau dan beberapa individu lain turut difitnah dan ditohmah. "Selama beberapa tahun kami mendedahkan pergerakan LTTE di Malaysia, ramai yang mengatakan kami memfitnah dan sengaja menimbulkan polemik. "Tidak kurang ...
KOTA KINABALU- Seorang lelaki sedang bermain badminton di Dewan Foo Chow malam tadi rebah secara tiba-tiba sebelum disahkan meninggal dunia. Menurut Sabah News Today, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa bersama beberapa orang rakannya sedang bermain badminton. Sejurus kejadian, mangsa dihantar ke HQEII oleh pasukan perubatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 malam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten ...
SIK- Jumlah tangkapan ular oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) SIK di beberapa kediaman di sini meningkat berikutan cuaca panas dan kering. Pegawai Pertahanan Awam daerah Sik, LT (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, berbanding bulan November lalu yang mencatatkan hanya 18 kes tangkapan ular, jumlah reptilia itu ditangkap pada Disember tahun sama meningkat kepada 30 kes. Menurutnya, punca reptilia tersebut ...
KUALA LUMPUR- PAS menggesa China dan Indonesia menggunakan saluran diplomatik dan rundingan bagi menyelesaikan pertikaian dua negara itu terhadap hak peraiaran di kawasan pertikaian Laut China Selatan di Pulau Natuna. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kedua-dua negara disaran menghentikan segera tindak balas dan provokasi yang boleh memburukkan keadaan. “China dan Indonesia disarankan agar menghentikan tindak balas dan ...
KUALA KETIL- Tindakan seorang lelaki membakar longgokan pelepah kelapa sawit di halaman rumahnya di Putaran Jaya di sini malam ini mencetuskan panik. Ia berikutan api tiba-tiba marak dan hampir menyambar pokok-pokok kelapa sawit yang berdekatan sebuah rumah, dangau, tiang elektrik dan garaj membasuh kereta. Penduduk, Rahman Hashim,48, berkata, kejadian itu menyebabkan api berkenaan terpaksa dipadam oleh tiga individu termasuk dirinya. ...
BALING- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang dirawat di Hospital Baling sejak semalam. Pegawai khas ADUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar berkata, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad mengalami sesak nafas dan muntah-muntah di rumahnya di Kampung Pisang pada jam 2 pagi semalam. Menurutnya, Najmi (dua kanan dalam gambar) dihantar ke hospital selepas solat Subuh oleh pemandunya, Ramlie Ahmad,47. "Beliau ...













