ADUN Kupang dirawat di hospital

BALING– Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang dirawat di Hospital Baling sejak semalam.

Pegawai khas ADUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar berkata, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad mengalami sesak nafas dan muntah-muntah di rumahnya di Kampung Pisang pada jam 2 pagi semalam.

Menurutnya, Najmi (dua kanan dalam gambar) dihantar ke hospital selepas solat Subuh oleh pemandunya, Ramlie Ahmad,47.

“Beliau pada mulanya dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Baling, tetapi kini keadaannya beransur pulih dan telah dipindahkan ke wad biasa.

“Buat waktu ini Najmi tidak akan dibebani tugas-tugas yang berat demi kesihatannya. Kita mahu memberikan beliau rehat secukupnya,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Sabri yang juga Setiausaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kupang (PKWR) berkata, urusan PKWR berjalan seperti biasa kecuali program rasmi yang melibatkan ADUN Kupang.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan beliau semoga cepat sembuh,”katanya.

Orang ramai mempunyai urusan dengan ADUN berkenan boleh hubungi pejabat 04-4761169.

 

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.