PAS gesa konflik Indonesia-China diselesaikan dengan diplomatik

KUALA LUMPUR– PAS menggesa China dan Indonesia menggunakan saluran diplomatik dan rundingan bagi menyelesaikan pertikaian dua negara itu terhadap hak peraiaran di kawasan pertikaian Laut China Selatan di Pulau Natuna.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kedua-dua negara disaran menghentikan segera tindak balas dan provokasi yang boleh memburukkan keadaan.

“China dan Indonesia disarankan agar menghentikan tindak balas dan provokasi yang boleh memburukkan keadaan, bukan hanya di kawasan terbabit tetapi akan menjejaskan hubungan dua hala terutamanya di antara negara-negara Asean dan China yang sejak sekian lama erat baik dari segi ekonomi, kebudayaan dan sejarah.

Abdul Hadi menuntut kedua-dua negara menggunakan saluran diplomatik

“Justeru itu, PAS menggesa agar China dan Indonesia menggunakan saluran diplomatik dan rundingan untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. Dalam masa yang sama, semua pihak harus menghormati undang-undang antarabangsa dalam usaha untuk mengelak pertikaian ini menjadi bertambah buruk dan menjejaskan kestabilan Asia Tenggara mahupun Laut China Selatan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, konflik dan konfrantasi tidak akan menguntungkan mana-mana pihak namun yang ASEAN dan China akan rugi.

“PAS menyarankan agar semua pihak mengamalkan semangat setiakawan Asean dan China yang telah lama terjalin

“PAS menegaskan Laut China Selatan wajar kekal aman dan bebas konflik dan pertikaian yang mampu bertukar menjadi medan tempur dan perang harus dielakkan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kestabilan Asia Tenggara sama ada dari sudut geopolitik ataupun ekonomi,”katanya.

Kompas memetik Juru Bicara Kementerian Luar Negeri China, Geng Shuang melaporkan, Parairan Natuna termasuk dalam Nine-Dash Line (Sembilan garis putus-putus) yang dituntut China.

Terdahulu, tular video Kapal Coast Guard China diusir Kapal Bakamla RI milik Indonesia. Ia tercetus selepas kapal China itu memasuki perbatasan Zon Ekonomi Eksklusif Indonesia di Laut Natuna pada 2 Januari lalu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.