Disediakan: Mohd Nazry Md Bidin BALING - Semuanya musnah akibat kebakaran, kini lima buah keluarga yang hilang tempat berteduh dan tiada tempat mengadu memohon belas ehsan Menteri Besar kedah. Wakil mangsa, Jhangir Khan Kathem Khan berkata, kejadian pada 16 Disember lalu mengakibatkan seramai 19 ahli keluarga terpaksa menyewa dan menumpang di rumah saudara-mara. Justeru katanya,  Datuk Seri Mukhriz Mahathir ...

PUTRAJAYA- Malaysia menggantung semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei berkuat kuasa serta merta. Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan  imigersen iaitu kemudahan tanpa visa (enTRY), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival),e-visa dan visa manual kepada rakyat China dari kawasan berkenaan. “Keputusan ini dibuat setelah mengambil ...

RANONG-Berkonvoi sejauh 1,500 kilometer dari Alor Setar, Kedah untuk ke Kampung Sin Hai yang terletak dalam sebuah pulau di wilayah Ranong Thailand Pengorbanan itu dilakukan seramai 17 orang guru termasuk Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Ismail Othman demi bertemu penduduk kampung yang majoritinya Melayu Kedah. Mereka yang juga ahli kelab Kedah DG Bikers memulakan perjalanan bermula 23 Januari lalu. Ketua ...

BALING-Orang ramai dinasihati tidak mengambil bahan artifak terdapat di Gunung Pulai supaya tidak menganggu urusan dan kajian lanjut bagi mengenal pasti lokasi, sejarah dan kewujudan dengan tepat dan benar. Amaran keras itu disuarakan Penasihat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wira Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof susulan penemuan lebih 100 artifak prasejarah zaman Paleolitik dianggarkan berusia 17,000 tahun oleh Jabatan ...

ARAU- Umat Islam diingatkan supaya tidak termakan dengan propaganda kononnya etnik Uighur di China tidak diseksa. Peringatan itu diberikan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selepas menerima kunjungan pimpinan masyarakat Uighur di kediamannya. "Harap kita janganlah tertipu dengan propaganda kononnya China hanya memberikan kemahiran hidup dan masyarakat Uighur tidak diseksa. "Mereka yang sanggup membuat cerita dusta seperti itu ...

PERMATANG PAUH- Keindahan akhlak Nabi Muhammad S.A.W menjentik hati seorang lelaki Cina untuk memeluk Islam. Dengan sekali lafaz syahadah, Soi Chia,24, (nama samaran) sah memeluk Islam di Interactive Dakwah & Tarbiyah, di Permatang Pauh semalam. Menceritakan bagaimana Islam menawan hatinya, Chia berkata, hatinya terpaut ketika dia masih di bangku sekolah menengah. "Semenjak umur 16 tahun, apabila saya belajar di sekolah ...

(kemaskini) BALING-Catatan penempatan tertua di negara ini mungkin berubah susulan penemuan lebih 100 artifak prasejarah di beberapa buah gua di Gunung Pulai. Penemuan ini menimbulkan persoalan pelbagai pihak apakah akan ada tamadun tertua terbaru ditemui? Artifak berkenaan ditemui di beberapa lokasi antaranya Gua Tembus, Gua Akar dan Gua Kelambu ketika Jabatan Warisan Negara (JWN) menjalankan eksplorasi pada April hingga Oktober ...

Oleh: Siti Muazah Azemi BALING- Seekor ular tedung selar dianggarkan seberat tujuh kilogram berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, (APM) Daerah Baling di Kampung Bukit Ketil, Weng, semalam. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (Pertahanan Awam) Mohd Faizol  Ab Aziz berkata, APM menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.40 malam dan tiba ke lokasi pada jam 10.06 malam. Menurutnya, sejurus ...

KUALA LUMPUR- Wabak Influenza A yang sedang menular di negara ini mencetuskan kegelisahan dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia. Pastinya paling tidak senang duduk adalah ibu bapa yang bimbang dengan keselamatan nyawa anak masing-masing. Peningkatan jumlah murid yang dijangkiti influenza seperti dilaporkan media menunjukkan virus berkenaan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak. Berdasarkan kenyataan akhbar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ...

KUALA LUMPUR-Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan tulisan dan puisi menghentam DAP  ditulis olehnya. Asri menafikan perkara berkenaan di Facebook sebagai respon kepada pertanyaan ramai yang menuntut penjelasan beliau terhadap karya yang sedang tular di media sosial. "Ada pihak yang menyebarkan mesej ini bersama gambar saya. Ada yang bertanya apakah tulisan dan puisi karangan saya? "Jawapannya: Tidak! ...