PERMATANG PAUH- Tekad dan azam yang kuat mendorong dua sahabat untuk menunggang motosikal dari Malaysia ke Makkah demi menjayakan hasrat menunaikan ibadah umrah dalam misi Kembara Musafir 2020 Muhammad Anuar Harun,43 dari Baling, serta Mohamad Sanusi Mohamad Shata,61, dari Terengganu memulakan perjalanan dari Permatang Pauh Pulau-Pinang pada 13 Januari lalu menggunakan motosikal berkuasa tinggi. Presiden Kumpulan NVOG&, Friends, Ahmad Fazrul ...
BUKIT SELAMBAU-Kemiskinan memaksa sebuah keluarga tinggal dalam sebuah kontena milik tauke kilang papan di sini, sejak tiga tahun lalu. Kontena itu dihuni sepasang suami isteri bersama lima orang anak yang masih dalam tanggungan mereka. Nasib keluarga itu bagaimanapun mendapat perhatian Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, Kedah DG Bikers. Timbalan Pengarah JPN, Ismail Othman berkata, ...
BALING - Sekampit beras dan sebungkus minyak masak menjadi cenderamata kepada peserta bengkel penulisan berita dan kewartawanan. Kelainan itu dicetuskan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bayu selaku penganjur program dengan kerjasama Rentas7 dan syarikat pengeluar tudung, By Humayyra. Pegawai PKWR DUN Bayu, Fakhrurazi Ahmad berkata, ia akan menjadi kenangan untuk peserta yang julung kali mendapat hadiah seumpama itu. Menurutnya, ...
BALING- Projek musang king di sini didakwa menjejaskan bekalan air penduduk hingga menyukarkan mereka manguruskan jenazah. ADUN Bayu, Abd Nasir Idris berkata demikian selepas meninjau kolam takungan air penduduk terbabit, semalam. Beliau berkata, kawasan terlibat ialah kampung di sekitar Kemangi, Padang Lengkuas, Bendang Baru, Padang Dan dan Kuala Kuang. "Nak mandikan jenazah pun susah kerana masalah air, itu realiti bagi ...
POKOK SENA - Penduduk Kampung Bukit Pak Kiaw, mengadakan bantahan aman di pekan Pokok Sena hari ini bagi membantah cadangan menukarkan lokasi pusat perlindungan anjing liar ke kawasan mereka. Bantahan aman disertai lebih 100 orang itu turut mendapat sokongan daripada NGO. Mereka mendakwa pusat perlindungan haiwan liar itu akan beroperasi pada jarak hanya 500 meter dari perumahan, masjid dan sekolah. ...
PUTARAJAYA- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan sumbangan sains dalam kehidupan harian dan pentingnya sains untuk pembangunan negara. Dr. Mahathir menyarankan supaya tumpuan diberikan kepada pembentukan pemikiran saintifik (mindset) dan pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kalangan rakyat dalam semua aspek kehidupan. "Ini dapat dilaksanakan bermula dari alam persekolahan dengan pembangunan kurikulum dan pedagogi yang bersesuaian dan inovatif,"katanya. ...
KUALA LUMPUR- Identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat disahkan sebagai lelaki. Perkara itu disahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, hari ini. Beliau berkata, atas rasa amanah dan tanggungjawab, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) mengambil inisiatif bertemu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 3 Februari lalu. Menurutnya, pertemuan itu bertujuan mendapatkan pengesahan butiran lengkap Sajat yang tersebar ...
ARAU- Mufti Perlis mendakwa kenyataannya berkaitan usahawan kosmetik, "Nur" Sajat dilaporkan secara tidak tepat oleh beberapa buah media. Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, media seperti Awani, Malaysiakini, Metro serta yang lain membuat ayat sendiri berhubung kenyataannya tentang lelaki bernama Sajat. "Saya tidak kata beliau tidak boleh dikecam atau dikritik. Saya kata jangan melaknat beliau secara peribadi,"katanya dalam kenyataan ...
KOTA BHARU- Pelaksanaan semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan memberikan kesan buruk kepada prestasi pelajar. Presiden PERADABAN, Datuk A Aziz Deraman berkata, dapatan dan rumusan kajian semasa pelaksanaan kali pertama dahulu sudah membuktikan kesan negatif kepada pelajar. Menurutnya, hasil kajian itu menunjukkan kemerosotan pencapaian dan betapa besarnya jumlah kecundang para pelajar bagi menguasai kedua-dua ...
PULAU PINANG- Universiti Sains Malaysia (USM) bersedia menjalankan saringan rapi terhadap kakitangan dan pelajarnya yang baru pulang dari China. USM dalam satu kenyataan berkata, langkah itu merupakan prosedur operasi standard (SOP) dalam mencegah penularan virus itu khususnya di kampus-kampus USM. "Antara langkah yang diambil adalah dengan menasihatkan staf dan pelajar yang akan ke China agar membuat penangguhan perjalanan. "Selain itu ...













