BUKIT SELAMBAU-Kemiskinan memaksa sebuah keluarga tinggal dalam sebuah kontena milik tauke kilang papan di sini, sejak tiga tahun lalu.
Kontena itu dihuni sepasang suami isteri bersama lima orang anak yang masih dalam tanggungan mereka.
Nasib keluarga itu bagaimanapun mendapat perhatian Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, Kedah DG Bikers.
Timbalan Pengarah JPN, Ismail Othman berkata, pihaknya telah melakukan kunjungan ke rumah keluarga berkenaan dan mengenal pasti masalah utama mereka.
“Anak sulung menyambung pengajian di sebuah Kolej Vokasional, anak kedua menuntut di tingkatan tiga di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan tiga lagi masih bersekolah rendah.
“Bapa bekerja sebagai penjaga stor di kilang tersebut dan ibu suri rumah sepenuhnya.
“Mereka tinggal lapan orang dalam kontena,”katanya kepada Rentas7.com selepas meninjau kediaman keluarga berkenaan hari ini.
Terdahulu, Ismail bersama Kedah DG Bikers menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada keluarga berkenaan.
Rentas7.com
1