Jantina Sajat akhirnya disahkan sebagai….

KUALA LUMPUR– Identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat disahkan sebagai lelaki.

Perkara itu disahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, hari ini.

Beliau berkata, atas rasa amanah dan tanggungjawab, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) mengambil inisiatif bertemu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 3 Februari lalu.

Menurutnya, pertemuan itu bertujuan mendapatkan pengesahan butiran lengkap Sajat yang tersebar di media sosial.

“Berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman.

“Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki. Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki,”katanya dalam satu kenyataan.

Sajat yang bertelekung wanita ketika menunaikan ibadah umrah di Makkah mencetuskan kemarahan ramai

Beliau berkata, sehingga kini, tidak ada dokumen rasmi perubatan yang dikemukakan oleh Muhammad Sajjad bagi membuktikan bahawa beliau adalah wanita.

Jelas Dr Bakri, pindaan jantina dalam kad pengenalan tidak dibenarkan kecuali atas perintah mahkamah dan ia memerlukan beberapa dokumen.

“Terdapat kaedah fiqh yang masyhur menyatakan:“Kita menghukum berdasarkan apa yang terzahir, dan Allah menguruskan apa yang tersembunyi.”

“Selain itu, saya juga berpegang dengan kaedah berikut: “Asal kepada sesuatu perkara kekal seperti sebelumnya,”katanya.

katanya lagi, jantina Muhammad Sajat
berdasarkan apa yang tertera dalam daftar kad pengenalannya dan sijil kelahirannya.

Justeru menurutnya, segala hukum hakam ibadat usahawan tersebut hendaklah diikut secara lelaki.

Sajat yang sering berpewatakan wanita sekali lagi mengundang kemarahan ramai apabila bergambar di depan Kaabah dengan memakai telekung wanita ketika menunaikan umrah.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.