KUALA LUMPUR- Polis berpuas hati dengan hasil siasatan terhadap 12 lelaki yang ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE). Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, segala dokumen diperlukan teleh diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, Rabu lalu. Menurutnya, di pihak polis, siasatan telah pun selesai ...

KUALA LUMPUR- Ucaptama Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18 di Baku Azerbaijan pada Jumaat mendapat pujian pemimpin dunia. Salah satunya dilontarkan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev. Beliau berkata, ucapan Tun Dr Matathir Mohamad sangat hebat dan berpandangan ke hadapan. "Ucaptama anda semalam sangat hebat, ia adalah visi yang berpandangan ke hadapan, pendekatan terbuka terhadap isu-isu penting dan ...

KUALA LUMPUR- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua sekolah yang telah menerima komik "Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama" menyekat pengedarannya. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, semua sekolah di bawah KPM yang telah menerima komik tersebut telah diarahkan untuk tidak disebarluaskan. Menurutnya, beliau sekali lagi menegaskan bahawa KPM tidak pernah meluluskan komik berkenaan apatah lagi membenarkan pengedarannya. "KPM tidak ...

KUALA LUMPUR-- Mahasiswa perlu membantu murid dan pelajar sekolah dari segenap segi. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, mahasiswa yang aktif, berkeperibadian tinggi, dan mempunyai idealisme yang kukuh sedar akan peranan mereka kepada masyarakat. "Mahasiswa sebegini tidak hanya tahu apa yang mereka harus lakukan, tetapi tahu kenapa mereka melakukannya,"katanya di Facebook bagi mengulas program Sekolahku Universitiku, hari ini. Beliau berkata, ...

Disediakan Rentas7.com   ALOR SETAR- Kelewatan pemberian wang khairat kematian daripada kerajaan negeri kepada penduduk tidak seharusnya berlaku. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris berkata, masih ada penduduk belum menerima wang berkenaan sejak Jun lalu. Menurutnya, perkara itu dimaklumkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kepadanya, kelmarin. "Saya pelik, khairat kematian kita bagi untuk urusan pengebumian, untuk selesaikan ...

Liputan Sidang DUN Kedah oleh Rentas7   ALOR SETAR- Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kedah perlu bebas daripada lantikan aktivis-aktivis politik yang tidak berpeluang memegang jawatan dalam kerajaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier (B) Datuk Najmi Ahmad berkata, langkah itu perlu supaya GLC kembali kepada objektif penubuhannya sekaligus menjimatkan perbelanjaan negeri. “Semua lantikan jawatan politik dalam GLC sewajarnya perlu ...

Laporan Rentas7  Sidang Dun Kedah ALOR SETAR- Kedah merupakan sumber air kepada Pulau Pinang, namun negeri ini akan jauh ketinggalan berbanding negeri jiran itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier (B) Datuk Najmi Ahmad berkata, ini kerana, Kerajaan Pusat dikhabarkan bersetuju menyalurkan peruntukan untuk membina tiga pulau buatan di sana. Menurutnya, Pulau Pinang akan melonjak lebih ke hadapan sedangkan ...

KULIM- Misteri bau busuk menyelubungi Penduduk Taman Kulim Utama fasa 1, Kulim Hi-Tech Park malam tadi. Mereka bimbang sekiranya bau itu akibat kebocoran gas dari sebuah kilang di sekitar itu. Penduduk mendakwa bau itu dihidu sekitar jam 11 malam dan perkara itu mengundang ketidakselesaan dan kebimbangan kepada mereka. Seorang penduduk hanya ingin dikenali sebagai Zul,45, berkata, bau sangat busuk itu ...

KUALA LUMPUR- Pemuda UMNO menyoal di mana suara Menteri Pendidikan berhubung isu graduan Universiti Malaya (UM) yang berkelakuan biadap pada sidang konvokosyen, baru-baru ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau pelik apabila menteri berkenaan mendiamkan diri daripada isu berkenaan. "Tatkala Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching begitu lantang menekan pentadbiran UM untuk tidak mengambil tindakan ke atas kebiadaban ...

KUALA LUMPUR-Bakal Perdana Menteri kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi catatan ringkas bertemu sahabatnya dalam siri lawatan di Turki. Berkongsi dua keping gambar bersama Presiden Turki, Recep Tayyip ErdoÄŸan, Anwar berkata pertemuan dengan sahabatnya itu berlangsung di Istanbul. "Bertemu sahabat dan juga Presiden Turki Recep Tayyip ErdoÄŸan di Istanbul hari ini. "Banyak yang dikongsi dan disentuh terkait isu-isu semasa umat ...