Anwar bertemu sahabat lama di Turki

KUALA LUMPUR-Bakal Perdana Menteri kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi catatan ringkas bertemu sahabatnya dalam siri lawatan di Turki.

Berkongsi dua keping gambar bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, Anwar berkata pertemuan dengan sahabatnya itu berlangsung di Istanbul.

“Bertemu sahabat dan juga Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan di Istanbul hari ini.

“Banyak yang dikongsi dan disentuh terkait isu-isu semasa umat dan dunia,”tulis Presiden PKR itu di Facebook rasminya malam ini.

Anwar dua kiri dan Recep Tayyip Erdoğan (tengah)

Terdahulu, Ahli Parlimen Port Dickson itu tiba di Turki pada 19 Oktober lalu.

Anwar kini menunggu proses peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, sebahagian pemerhati politik menjangkakan Anwar akan kekal “menunggu” jawatan itu.

Komponen pembangkang diketuai Pas dan Ummo tegas dengan pendirian bahawa Dr Mahathir perlu menjawat jawatan Perdana Menteri hingga PRU15.

Rentas7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.