Tanah Merah, KELANTAN – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kol (K) Dato’ Hj. Ahmad Faizal telah mengadakan lawatan tapak ke Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah, Tanah Merah, Kelantan bagi melihat sendiri usaha memulihkan operasi LRA berkenaan yang terpaksa ditutup akibat situasi luar biasa tanah gelongsor yang menyebabkan runtuhan cerun sejak 28 November 2024 lalu. ...
ALOR SETAR -Isu beras dan makanan yang sepatutnya diberikan perhatian oleh menteri, bukannya menukar nama universiti kata Pengerusi Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Dato' Mustaffa Idrus. Pemimpin NGO itu berkata, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu dituntut menjalankan tanggungjawab yang lebih besar kepada rakyat khususnya berkaitan kehilangan beras tempatan di pasaran. "Masalah beras, masalah makanan ...
ALOR SETAR-Permansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga ( PT3) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM) dilihat bakal merencatkan masa depan murid dan pelajar khususnya dalam kalangan bangsa Melayu. Pengerusi Angkatan Masyarakat Melayu ( PAMM) Negeri Kedah, Dato' Mustaffa Idrus berkata, dua sistem peperiksaan ini tidak sepatutnya diganggu, kerana kedua-duanya peperiksaan yang banyak diduki oleh kaum ...
KUALA LUMPUR, 25 NOVEMBER 2024 – Betamek Berhad ("Betamek" atau "Syarikat"), Pengeluar Reka Bentuk Asal ("ODM") dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik ("EMS") untuk industri automotif, telah menerima geran kerajaan sebanyak RM396,420 daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (“MECD”), diuruskan oleh Malaysia Industrial Development Finance Berhad (“MIDF”). Geran ini adalah bukti kepada komitmen kerajaan untuk memupuk inovasi teknologi merentas industri ...
SUBANG-Timbalan Menteri Pertahanan, YB Haji Adly Zahari telah menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Keempat Kontinjen Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 di 16 Skuadron, Pangkalan Udara Subang, semalam. Kumpulan keempat kontinjen MALBATT 850-12 diketuai oleh Timbalan Komander MALBATT 850-12, Leftenan Kolonel Firdaus bin Shah Budin dengan kekuatan seramai 209 anggota, terdiri daripada 7 pegawai dan 202 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Kontinjen MALBATT ...
GERIK-Insiden roadkill melibatkan seekor Harimau Malaya betina di Jalan Raya Timur-Barat Gerik, Perak pada 9 November 2024 merupakan satu tragedi kepada usaha pemeliharaan hidupan liar. Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam, Nik Azmi Nik Ahmad berkata, kejadian roadkill telah menunjukkan peningkatan sejak akhir-akhir ini di mana pada tahun 2023 dan 2024 sahaja, sebanyak enam ekor Harimau Malaya telah menjadi mangsa ...
PUTRAJAYA, 7 November – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi( KUSKOP) menyasarkan potensi pelaburan bernilai RM100 juta melalui penyertaan Malaysia dalam Pameran Antarabangsa BIBAN24 di Riyadh, Arab Saudi yang berlangsung pada 5 hingga 9 November 2024. YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang mengetuai delegasi ke Pameran Antarabangsa BIBAN24 berkata, ini adalah cerminan komitmen KUSKOP untuk memperkukuh kerjasama ...
KUALA LUMPUR– Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China bermula hari ini bagi menghadiri Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) bersama-sama delegasi Malaysia di Shanghai. Anwar berkata, tema “New Era Shared Future” yang diangkat dalam CIIE Ke-7 ini begitu relevan untuk diangkat. "Sewaktu berucap selepas pidato pembukaan oleh Premier Li Qiang, saya tegaskan betapa tema “New Era ...
KUALA LUMPUR– Pangkalan Data Biodiversiti Malaysia menerusi Sistem Maklumat Biodiversiti Malaysia (MyBIS) menerima anugerah Emas (TempatPertama) sebagai Mekanisme Pusat Maklumat Kebangsaan (CHM) terbaik di Persidangan Parti-parti ke-16 kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD COP16) di Cali, Colombia pada 31 Oktober 2024. Anugerah ini juga merupakan pencapaian empat (4) kali berturut-turut di COP CBD iaitu COP13, COP14, COP15 dan kini COP16. Menteri ...
KUALA LUMPUR– Kementerian Dalam Negeri telah siap siaga sejumlah 66,042 anggota dan 10,540 aset PDRM, RELA dan APMM yang bersedia diatur gerak di seluruh negara bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), dijangka bermula awal bulan November 2024. Fenomena MTL ini biasanya akan membawa hujan lebat beserta angin kencang dan berisiko menyebabkan kejadian banjir serta banjir kilat di kawasan terbabit. ...













