73 tabika, tiga taska ditutup sementara di Jitra

JITRA-Sejumlah 73 buah tabika dan tiga taska di parlimen Kubang Pasu, Kedah ditangguhkan operasi sementara bermula semalam ekoran kluster baharu PUI Sivagangga di daerah ini.

Jabatan Kemajuan Masyarakat,
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam kenyataan memaklumkan, operasi berkenaan ditangguhkan sehingga mendapat kebenaran daripada Pejabat Kesihatan Daerah sebagai langkah awal pencegahan penularan Pandemik COVID-19.

“Tindakan itu diambil berdasarkan kepada Standard Operating Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini.

“Tindakan yang sama akan diambil terhadap mana-mana premis Jabatan Kemajuan Masyarakat sekiranya dikesan berlakunya penularan pandemik di kawasan terbabit,”katanya

Menurutnya, proses disinfeksi (nyahkuman) kepada semua premis yang terlibat akan dilakukan segera.

Kenyataan berkata, sehingga kini, tiada kakitangan KEMAS, kanak-kanak tabika dan Taska KEMAS yang terlibat disahkan positif COVID-19.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.