Isu duit raya- awat tipu?

ALOR SETAR-Timbul dakwaan daripada keluarga waris kanak-kanak yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon di Alor Setar baru-baru ini bahawa duit raya diberi sememangnya RM 2 seperti ditular di media sosial.

( catatan ditulis wanita berkenaan)

 

Menerusi satu tulisan seorang wanita di sebuah kumpulan WhatsApp, ada anak buahnya memperolehi RM 2 ketika hadir pada majlis tersebut.

 

“Awat nak tipu? memang RM 2 pun” katanya.

 

Terdahulu, bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Anina Saadudin dalam Facebook ‘Anina Saadudin’ mendakwa kanak-kanak yang hadir dalam majlis berkenaan menerima duit raya RM 2.

 

Tuduhan itu dinafikan Setiausaha Ahkbar Menteri Besar, Mohd Fisol Jaafar. Beliau memaklumkan hampir 6,000 kanak-kanak menerima pemberian RM 5.

 

Anina antara lain menulis “Budak beratur ambil duit raya RM2 dan lepas dapat duit tangan mereka akan dicop oleh isteri MB bimbang budak akan beratur 2 kali.

 

 

Sumber: Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.